Sumber imej : pusatsumbersmkabdullahii.wordpress.com
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
Berdasarkan
surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah
mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22
Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam
kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.